Selasa, 17 Januari 2012

Siapa Aku Di Hati Mu

Izin kan saya untuk meluahkan rasa
dihati ini,
Maafkan saya kalau saya buat awak terasa,
Saya sedar siapa diri saya,
Saya tahu status diri saya,
Saya telah cermin siapa diri saya,
Saya tahu yang awak anggap saya tidak lebih dari seorang kawan biasa,
SEMUA ITU SAYA DAH TAHU !!!

Saya tidak punya apa apa,
Yang saya ada cuma rasa di hati ini,
Saya memang tidak layak dan tidak sesuai untuk bersama dengan awak,
Saya cuba sedaya upaya untuk menganggap awak yang teristimewa dalam hidup saya,
Tapi saya tidak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya,
Semakin saya cuba melupakan awak,
Semakin kuat hati saya mengingati awak,
Entah kenapa?? saya pun tak tahu,
Saya tidak tahu mengapa awak begitu dekat di hati saya,
Maafkan saya kerana menyukai awak,

Andainya ini takdir tuhan,
Saya doakan awak bahagia,
Jika awak masih mengingati saya,
Andainya saya tiada lagi di dunia ini,
Sedekahkan doa buat saya,
Tanda kita pernah kenal di dunia ini,

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya,
WALAUPUN UNTUK SEKETIKA!!!
Saya tetap rasa bahagia bila teringat detik detik itu,
Walaupun kekadang saya berkecil hati dengan apa yg telah berlaku,
Tapi saya dah lupakan semua itu,
Saya minta maaf, jasa mu ku sanjung tinggi,
Tidak ada nilai untuk saya bayar dengan wang,

 Minta halal segala dosa yg ku lakukan dengan kamu,
Selama masa saya bergurau dengan awak,
Biarkan kisah silam kita jadi kenangan,
Akan saya simpan kemas di hati ini,

BIARLAH AKU TERSEKSA!!
BIARLAH AKU DERITA!! 
ASALKAN KAU BAHAGIA.

Saya tidak akan menggangu kehidupan awak lepas ni,
Saya doakan yang terbaik untuk awak,
DI DUNIA DAN AKHIRAT.

SALAM RINDU DI ANGIN LALU BUAT MU CAPITAL B...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan