Khamis, 16 Februari 2012

semalam di RTM

semalam aku sangat gembira. dapat pergi RTM kat angkasapuri.. ada rakaman ''Tiada Lama Tiada Baharu''muka masuk tv wok.. hahahaha kegila aku jelas terserlah pada malam tu.. dah produser tu suruh spoting aku pun layan je lah.. dah la artis mantap mantap.. ada mus may, arora,raja azura.. memang gampak gila.. lg lg bila aku kena jemput pg pentas.. raja azura panggil.. sebb dia tengok aku paling aktiv gila kan.. hahaha dia suruh tiru gaya artis mus may.. yg tak tahan tu kena suruh pakai topeng harimau.. hahahaha malu la juga.. yg penting kena tahan.. sbb masuk tv kan. hahahaha lepas je buat persembahan tu.. aku kena bg hadiah minyak wangi special dari mus may.. perh.. bangga sial.. lain kali aku nak p lagi.. mak aku mesti bangga anak dia masuk tv.. hahahaha kan mom.. jangan lupa 20-02-2012 jam 10malam.. di rtm 1.. ada muka aku tu.. hahahaha


ni time tepas rakaman, pinjam bgroun nak brgambr kejap. heheh


dapat cenderahati dari mus may.


artis lama dan baru


bergambar bersama artis baru arora
rock bersama lagenda mus




Rabu, 1 Februari 2012

aku sekarang

kini aku sering menghabiskan masa aku bersama teman teman lelaki aku kadang kadang bersendirian. huhu jarang dah aku ni nak rapat dengan perempuan. entah kenapa.. mungkin ada timbul rasa sakit hati dengan perempuan kot.. hahaha tak pa la.. biar aku sendiri yg rasa pedih nya.. 
kadang kadang aku rasa geram juga dengan pasangan COUPLE ni kan. kalau la aku ada couple best kan. mesti dapat kasih syg dari seorang perempuan. dapat msj setiap hari. kena ambil peduli. tp skarang.. aku hidup kesunyian. sakit hati juga dengan member aku ni.. kechik dengan zul... eeee geram dengan diorang.. untung la kan ada org syg.. hahahaha tp aku tumpang gembira dengan mereka juga. hehehe.
aku tahu satu hari nant hati aku mungkin terbuka untuk terima perempuan lain di hati aku.. aku slalu juga tengok budak KL ni. nak juga try try . tp dalam otak aku cuma fikir c billa tu.. arh!!! tekanan aku.. 
aku tak tau la kenapa dia slalu muncul dalam hidup aku.. terbayang bayang kan dia. hahaha angau la katakan. dalam kepala otak aku sekarang aku cuma nak fikir mcm mana nak cari duit bnyak.. ramai yg kata dengan duit semua mungkin kita boleh dapat. so kalau la aku ada duit mcm mcm la aku boleh boleh beli.
dah la jauh dengan keluarga. bergantung hidup sendiri pula. harap kan duit kerja aku yg dulu. tu pun mak aku yg pegang. tiap hujung bulan baru kena kirim.. tak tahu tinggal berapa lg. huhuhu ok la sampai sini dulu story aku ni.nant sambung lg k.. bye bye


Selasa, 17 Januari 2012

Siapa Aku Di Hati Mu

Izin kan saya untuk meluahkan rasa
dihati ini,
Maafkan saya kalau saya buat awak terasa,
Saya sedar siapa diri saya,
Saya tahu status diri saya,
Saya telah cermin siapa diri saya,
Saya tahu yang awak anggap saya tidak lebih dari seorang kawan biasa,
SEMUA ITU SAYA DAH TAHU !!!

Saya tidak punya apa apa,
Yang saya ada cuma rasa di hati ini,
Saya memang tidak layak dan tidak sesuai untuk bersama dengan awak,
Saya cuba sedaya upaya untuk menganggap awak yang teristimewa dalam hidup saya,
Tapi saya tidak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya,
Semakin saya cuba melupakan awak,
Semakin kuat hati saya mengingati awak,
Entah kenapa?? saya pun tak tahu,
Saya tidak tahu mengapa awak begitu dekat di hati saya,
Maafkan saya kerana menyukai awak,

Andainya ini takdir tuhan,
Saya doakan awak bahagia,
Jika awak masih mengingati saya,
Andainya saya tiada lagi di dunia ini,
Sedekahkan doa buat saya,
Tanda kita pernah kenal di dunia ini,

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya,
WALAUPUN UNTUK SEKETIKA!!!
Saya tetap rasa bahagia bila teringat detik detik itu,
Walaupun kekadang saya berkecil hati dengan apa yg telah berlaku,
Tapi saya dah lupakan semua itu,
Saya minta maaf, jasa mu ku sanjung tinggi,
Tidak ada nilai untuk saya bayar dengan wang,

 Minta halal segala dosa yg ku lakukan dengan kamu,
Selama masa saya bergurau dengan awak,
Biarkan kisah silam kita jadi kenangan,
Akan saya simpan kemas di hati ini,

BIARLAH AKU TERSEKSA!!
BIARLAH AKU DERITA!! 
ASALKAN KAU BAHAGIA.

Saya tidak akan menggangu kehidupan awak lepas ni,
Saya doakan yang terbaik untuk awak,
DI DUNIA DAN AKHIRAT.

SALAM RINDU DI ANGIN LALU BUAT MU CAPITAL B...










Isnin, 16 Januari 2012

hari menganjeng bersama mereka.

hari ni kesengalan aku datang lg.. setiap hari isnin selalunya pelajar akan memakai formal. tp aku?? hahaha tak da baju kemeja la pula. baju 1 minggu belum cuci.. aku lupa dan malas.. lepas ja acik kejut bngun seawal jam 7.45 pg.. aku terus pg mandi.. lepas mandi terus kejut ijad yg tengah terbongkang tdo nak pinjam baju kemeja.. hahaha tup tup baju kemeja tu sama dengan acik pakai.. hahahaha aku dah rasa lain.. tp apa boleh buat.. pakai je lah.. acik gerak dulu dia tak nak malu..
sampai ja kat kolej terus masuk kelas math dengan aril.. semangat ni blajar.. maklum la dah nak midterm.. sebelum tu kena bercuti pula.. hahaha best nya.. lepas je kelas aku g lepak kat labry dengan budak kelas aku. jumpa pula acik kat labry.. time tu semua org dah tengok lain mcm dah.. aku apa lg.. menganjeng la dengan acik.. aku duduk sebelah dia.. muka acik dah merah.. semua org gelak.. hahahaha tak tahan malu.. kita org pun gerak gi medan pula.. aku follow je acik. hahahaha 
sampai kat medan semua org senyum.. ada kembar. tp tak sama saiz.. hahahaha teruk teruk..aku cuma mampu tersenyum dan tahan malu..hehehelepas time menganjeng kat situ hati aku teringat seseorang.. siapa lg.. capital B la.. hehehe aku dengn acik cari dia guna motor.. rupanya dia lepak kat haryati restoran.. acik bawa motor mcm sial.. mau bunuh aku kali.. aku belum kawin la sial.. tu first dan last la aku naik dengan kau. masuk ja kat dalam, hati aku teruja tengok capital B.. tp sayg nya dia buat muka taik dengan aku.. umm tak pa lah mungkin dia dah mula benci dengan aku.. aku faham.. aku dah buat salah dengan dia.. so CAPITAL B I'AM SORY OK.. 
aku pun blah dari situ.. hati aku pun panas juga.. tp tak pa.. aku hanya mampu bersabar.. aku g lah kelas.. dalam kelas COM aku tpu billa dengan nik cakap ada exam hahahaha. ala nak suruh diorang rajin datng kelas.. tak salah kan.. hehehehe lepas je kelas.. hati aku nak jumpa capital B lg.. so aku gerak g medan.. tup tup muka dia menganjeng lg.. tak palah.. aku terus blah.. malas aku kalau mcm tu.. balik dan tdur..

bila malam aku habiskan masa aku kat bilik atas bersama mereka mereka yg gila.. acik,aril,adan,lindan,lan dan ijad.. semua jd gila.. menganjeng sana menganjeng sini.. hahahaha semua happy.. tepat jam 12 hari jadi dud yg ke 19 tahun.. aril call dia..adan main gitar pastu kita orang semua nyanyi untuk dia.. hehehehe best gila.. apa apa pun hari ni adalah hari yg indah bersama kwn kwn aku yg gila.. hahahaha

Sabtu, 14 Januari 2012

aku bernama amiey

hai semua.. hahaha hati teruja ni pertama kali ada blogger.. time ni la untuk aku menganjeng.. untuk permulaan biar aku kenalkan diri aku dulu ok.. 
nama aku suhaimi tp budak budak ni slalu panggil aku amiey. bukan nama perempuan ah.. 2012 ni aku akan mencapai umur 19 tahun. anak ke 2 dari 4 org adik beradik . dan yg paling penting nak bg tau, aku adalah satu satunya anak lelaki yg mak aku lahirkan dalam keluarga aku.. hahaha aku tak lembut ok.. berasal dari tawau sabah. dan menetap di w.p labuan hampir 15 tahun.. bercita cita ingin menjadi seorang pegawai bomba suatu hari nant.. kenapa iek?? hehehehe .. kerjaya bomba adalah kerjaya yg simple tp penuh dengan cabaran. aku ni minat bomba dari form 1 lg..masuk kadet bomba.. jd komander bomba.. ikut krusus bomba.. yg terbaru ni ada mengikuti rekrut di wakaf tapai terengganu darul iman.. tp tak sure lg la nak pg atau tak. sbb aku ni masih blajar lg di CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY dalam bidang diploma teknologi maklumat. so mungkin kena tangguh atau sambung saja. meminati sukan lasak dari sekolah rendah. ikut sukan ,terbang sana terbang sini. dan mcm mcm lg. 
hahahaha nak cerita tentang diri aku pula.. ok. aku ni seorang yg periang. suka buat org ketawa. suka kacau org. dan bnyak lg.. kenakalan ku ini semakin menjadi kalau jumpa member member aku yg sama gila mcm aku.. habis semua org kena kerjakan.sebabkan kenakalan ini juga buat aku ramai kawan. kehidupan aku sama seperti org org lain.. gelak ketawa. senyum gembira suka duka dan sedih nangis ada dalam diri aku. aku ni antara lelaki yg boleh dikatakan seorang yg open.. member member aku bnyak bercerita pasal hal diorang kat aku.. konon nak minta nasihat la.. hehehe yg aku ni pula belum tentu dapat selesaikan.. masalah sendiri pun susah nak buat. nikan pula kwn.. adoi. 
ok la sampai sini dulu pengenalan kita sampai jumpai lg ok.. bnyak nak cerita ni tp apa boleh buat masa tak mengizinkan.. hehehehe peace you.. asalamualaikum.