Sabtu, 14 Januari 2012

aku bernama amiey

hai semua.. hahaha hati teruja ni pertama kali ada blogger.. time ni la untuk aku menganjeng.. untuk permulaan biar aku kenalkan diri aku dulu ok.. 
nama aku suhaimi tp budak budak ni slalu panggil aku amiey. bukan nama perempuan ah.. 2012 ni aku akan mencapai umur 19 tahun. anak ke 2 dari 4 org adik beradik . dan yg paling penting nak bg tau, aku adalah satu satunya anak lelaki yg mak aku lahirkan dalam keluarga aku.. hahaha aku tak lembut ok.. berasal dari tawau sabah. dan menetap di w.p labuan hampir 15 tahun.. bercita cita ingin menjadi seorang pegawai bomba suatu hari nant.. kenapa iek?? hehehehe .. kerjaya bomba adalah kerjaya yg simple tp penuh dengan cabaran. aku ni minat bomba dari form 1 lg..masuk kadet bomba.. jd komander bomba.. ikut krusus bomba.. yg terbaru ni ada mengikuti rekrut di wakaf tapai terengganu darul iman.. tp tak sure lg la nak pg atau tak. sbb aku ni masih blajar lg di CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY dalam bidang diploma teknologi maklumat. so mungkin kena tangguh atau sambung saja. meminati sukan lasak dari sekolah rendah. ikut sukan ,terbang sana terbang sini. dan mcm mcm lg. 
hahahaha nak cerita tentang diri aku pula.. ok. aku ni seorang yg periang. suka buat org ketawa. suka kacau org. dan bnyak lg.. kenakalan ku ini semakin menjadi kalau jumpa member member aku yg sama gila mcm aku.. habis semua org kena kerjakan.sebabkan kenakalan ini juga buat aku ramai kawan. kehidupan aku sama seperti org org lain.. gelak ketawa. senyum gembira suka duka dan sedih nangis ada dalam diri aku. aku ni antara lelaki yg boleh dikatakan seorang yg open.. member member aku bnyak bercerita pasal hal diorang kat aku.. konon nak minta nasihat la.. hehehe yg aku ni pula belum tentu dapat selesaikan.. masalah sendiri pun susah nak buat. nikan pula kwn.. adoi. 
ok la sampai sini dulu pengenalan kita sampai jumpai lg ok.. bnyak nak cerita ni tp apa boleh buat masa tak mengizinkan.. hehehehe peace you.. asalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan